Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf 50:16) Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (Qaaf 50:17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 50:18) Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Qaaf 50:19) |Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan. (Qaaf 50:20)
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; (Qaaf 50:21) |(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (Qaaf 50:22) Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". (Qaaf 50:23)
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; - (Qaaf 50:24) |"Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, (Qaaf 50:25) "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya". (Qaaf 50:26) (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong". (Qaaf 50:27)
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). (Qaaf 50:28) "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu". (Qaaf 50:29) (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?" (Qaaf 50:30) Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Qaaf 50:31)
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (Qaaf 50:32) "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat". (Qaaf 50:33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal". (Qaaf 50:34) Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (Qaaf 50:35)
السلام عليكم
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Asma ul-Husna
Wednesday, December 28, 2011
Monday, September 26, 2011
Permasalahan mengenai solat jamak dan qasar: part 4
Soalan:
Saya bekerja dan menetap di Kuala Lumpur tetapi sering berulang alik ke Pulau Pinang kerana isteri dan anak-anak tinggal di sana. Saya keliru sama ada saya boleh menjamak dan mengqasarkan solat atau tidak?
Jawapan:
Berdasarkan penjelasan tuan, saya rumuskan tuan mempunyai dua tempat bermukim di dua negeri yang berbeza. Dalam masalah ini, sekiranya tuan dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang, tiada masalah bagi tuan menjamak dan mengqasarkan solat kerana perjalanan itu melebihi dua marhalah (81 km). tetapi tuan tidak lagi mendapat rukhsah jamak dan qasar setelah sampai ke rumah di Pulau Pinang kerana dianggap sebagai tempat tuan bermukim.
Soalan:
Ketika melakukan perjalanan jauh adakah diwajibkan orang yang bermusafir menjamakkan solatnya? Sekiranya mahu bersolat seperti biasa adakah menjadi kesalahan?
Jawapan:
Jamak solat adalah keringanan yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi memudahkan ibadah dalam perjalanan dan ia tidak wajib. Sekiranya tidak mengalami kesulitan, bersolat pada waktunya adalah lebih baik dan digalakkan kerana asal solat fardhu adalah mengikut waktunya.
Soalan:
Sekiranya dalam perjalanan yang mengharuskan qasar, saya mempunyai masa yang panjang dan selesa bagi solat penuh. Adakah saya perlu bersolat penuh atau qasar?
Jawapan:
Berbeza dengan menghimpunkan solat yang tidak digalakkan sekiranya ada masa, menqasarkan solat adalah lebih baik daripada bersolat penuh. Walaupun, mempunyai masa ketika dalam perjalanan untuk melakukan solat yang penuh. Ini kerana qasar solat itu adalah pemberian Allah kepada hamba-hamba-Nya, sudah tentu ia perlu diraikan.
Soalan:
Dalam perjalanan menaiki bas dari Johor ke Kuantan, jangkaan tiba mungkin selepas maghrib. Manakah lebih baik, menghimpunkan solat asar ke dalam waktu zuhur atau sebaliknya?
Jawapan:
Sekiranya ada waktu yang membolehkan anda bersolat zuhur dan asar dalam waktu zuhur (jamak takdim), lebih baik anda bersolat jamak takdim. Ini kerana, kemungkinan bas tidak berhenti ketika solat asar, dan ini menyebabkan anda terlepas kedua-dua solat fardhu. Kerana itu, lebih baik melakukan solat jamak takdim daripada jamak takhir.
Soalan:
Adakah disyariatkan setiap kali melakukan jamak mesti diqasarkan juga? Apa yang dimaksudkan dengan qasar?
Jawapan:
Tidak disyariatkan (memendekkan solat) beserta dengan jamak, terpulang kepada kehendak sendiri.
Dari segi bahasa, qasar berasal daripada perkataan arab qasara (ﻗﺼﺮ ) yang bermaksud memendekkan atau tidak memanjangkan. Dari sudut fikahnya, ia bermaksud solat fardhu empat rakaat yang dipendekkan menjadi dua rakaat, iaitu solat zuhur, asar dan isyak.
Permasalahan mengenai solat jamak dan qasar: part 3
Soalan:
Sekiranya perjalanan yang dilalui tidak memenuhi syarat jarak perjalanan yang mengharuskan jamak dan qasar, adakah saya masih boleh menggunakan rukhsah yang lain?
Jawapan:
Untuk perjalanan yang dekat iaitu tidak sampai 2 marhalah (81 km) anda tidak boleh menjamak dan menqasarkan solat, tidak boleh menyapu khuf tiga hari tiga malam dan tidak boleh berbuka puasa Ramadhan. Tetapi anda masih boleh mendapat keringanan berikut:
· Sapu khuf bagi menggantikan membasuh kaki ketika berwudhuk selama sehari semalam
· Meninggalkan solat jumaat, sekiranya keluar dari penempatan sebelum fajar hari Jumaat
· Tayamum sekiranya ketiadaan air
· Memakan haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tanpa mengikut syariat (bangkai) ketika krisis ketiadaan makanan yang kritikal, sekadar memelihara diri daripada mati kelaparan
· Melakukan solat sunat di atas kenderaan atau sambil berjalan
Soalan:
Saya menghadapi masalah darah istihadah yang teruk. Keadaan ini menyukarkan saya untuk bersolat kerana terpaksa membersihkan diri dan berwudhuk setiap kali mahu bersolat. Adakah boleh saya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu?
Jawapan:
Mazhab Syafi’i tidak membenarkan wanita istihadah menghimpunkan dua solat. Hanya mazhab Hanbali mengharuskannya. Tambahan pula, hukum wanita istihadah adalah sama dengan mereka yang tidak lawas kencing. Beerti puan perlu tunggu masuk waktu solat, kemudian membersihkan darah yang ada pada tubuh dan pakaian, menutup kemaluan dengan kapas, kain atau tuala wanita. Selepas itu, barulah boleh berwudhuk dan bersolat untuk melakukan satu solat fardhu sahaja. Bagi solat berikutnya, puan perlu melakukan seperti itu sekali lagi.
Soalan:
Ayah saya sakit tua dan sangat tenat. Sangat sukar untuk beliau berwudhuk pada setiap waktu solat kerana tidak mampu berdiri dan terpaksa diusung. Bolehkah ayah saya menjamak dan menqasarkan solat?
Jawapan:
Pada dasarnya mazhab Syafi’i tidak membenarkan jamak solat bagi orang yang sakit, hanya mazhab Maliki dan Hanbali yang mengharuskan. Bagaimanapun, isu ini dibincangkan di peringkat jawatankuasa Perunding Hukum Syarak dan hasilnya dikeluarkan fatwa seperti berikut:
“Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.”
Keharusan ini hanyalah untuk jamak solat. Qasar tidak boleh dilakukan kerana qasar hanya harus kepada orang yang bermusafir.
Permasalahan mengenai solat jamak dan qasar: part 2
Soalan:
Ketika singgah berehat di perhentian dalam perjalanan jauh dari Singapura ke Kedah, saya bersolat zuhur bersama jemaah yang ada dalam surau perhentian itu. Selepas rakaat kedua, tiba-tiba imam member salam dan diikuti dengan jemaah lain. Saya yang terpinga-pinga sekadar mengikuti mereka. Selepas kembali ke dalam kereta, saya dimaklumkan oleh ibu mentua bahawa itu namanya memendekkan solat empat rakaat kepada dua, atau qasar. Saya memang tidak pernah melakukannya kerana tidak tahu bagaimana. Inilah pengalaman pertama saya memendekkan solat. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan.
Jawapan:
Tahniah kerana mendapat ilmu baru tentang menqasarkan solat. Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan solat qasar yang anda lakukan bersama jemaah tadi tidak sah. Ini kerana, salah satu syarat sah qasar ialah mengetahui keharusan qasar ini. Selain itu, anda juga wajib berniat untuk memendekkan solat zuhur tersebut ketika takbiratulihram. Solat yang dilakukan dengan mengikut imam yang mengqasarkan solatnya tanpa niat atau pengetahuan yang betul adalah sia-sia.
Soalan:
Saya bertolak dari kampong di Kedah menuju ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan pertandingan bola sepak. Bolehkah saya melakukan qasar dan jamak solat?
Jawapan:
Syarat yang membolehkan seseorang musafir itu mendapat keringanan (rukhsah) daripada Allah s.w.t.,perjalanan itu hendaklah bukan bertujuan maksiat. Oleh itu, tuan perlu bermuhasabah, adakah perjalanan bagi menyaksikan pertandingan bola itu maksiat atau tidak. Sekiranya menyaksikan pertandingan itu dengan niat melakukan rusuhan, atau melibatkan percampuran lelaki dan perempuan, sudah tentu ia bukan perjalanan yang diharuskan.
Soalan:
Selain menghimpunkan dan memendekkan solat, apakah rukhsah lain yang diberikan Allah kepada orang yang musafir?
Jawapan:
Berikut adalah senarai keringanan yang Allah berikan kepada musafir yang memenuhi syarat-syaratnya:
· Mengurangkan bilangan rakaat solat
· Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu
· Berbuka puasa Ramadhan
· Sapu khuf bagi menggantikan membasuh kaki ketika berwudhuk selama tiga hari tiga malam
· Meninggalkan solat Jumaat, sekiranya dia keluar dari penempatannya sebelum fajar hari Jumaat.
· Tayamum sekiranya ketiadaan air
· Harus memakan haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tanpa mengikut syariat (bangkai) ketika krisis ketiadaan makanan yang kritikal, sekadar memelihara dirinya daripada mati kelaparan
· Melakukan solat sunat di atas kenderaan atau sambil berjalan
Permasalahan mengenai solat jamak dan qasar: part 1
Soalan:
Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan jamak takdim dan bagaimana melakukannya?
Jawapan:
Takdim atau taqdim ialah perkataan arab yang berasal daripada kata kerja qaddam (ﻗﺪﻢ ) yang bermaksud mendahulukan. Jamak takdim ialah menghimpunkan dua soalat fardhu pada waktu yang pertama. Iaitu mengerjakan solat zuhur dan asar pada waktu zuhur, dan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib. Ini dijelaskan dalam sebuah laporan yang mengatakan:
“Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w.dalam perang Tabuk, dan baginda bersolat zuhur dan asar bersama (jamak), dan maghrib dan isyak bersama.”
(Direkodkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim pada bab Solat Musafir dan Qasarnya; Jamak dua solat ketika musafir)
Soalan:
Apa yang dimaksudkan dengan jamak takhir?
Jawapan:
Takhir ialah perkataan arab yang berasal daripada kata kerja taakhkhara (ﺗﺄﺧﺮ ) yang bermaksud mengemudiankan atau melewatkan. Jamak takhir ialah menghimpunkan dua solat fardhu pada waktu yang kedua. Iaitu menunaikan solat zuhur dan asar pada waktu asar, dan solat maghrib dan isyak pada waktu isyak. Sebagaimana al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabal, katanya:
“Nabi s.a.w.ketika dalam perang Tabuk, sekiranya keluar sebelum matahari condong, baginda akan melewatkan solat zuhur hingga asar, dan menunaikan kedua-dua solat serentak )jamak takhir). Sekiranya baginda keluar selepas matahari condong, baginda menyegerakan solat asar dalam waktu zuhur dan menunaikan kedua-duanya bersama (jamak takdim). Sekiranya keluar sebelum maghrib, baginda melewatkan solatnya dan menunaikan bersama dengan Isyak (jamak takhir). Sekiranya keluar selepas maghrib, baginda menyegerakan Isyak dan mendirikannya bertsama dengan maghrib (jamak takdim).”
(Direkodkan oleh al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi pada bab Jamak di sisi Rasulullah; Tentang menjamakkan dua solat)
Soalan:
Adakah keringanan memendekkan solat disyariatkan bersama dengan pensyariat menghimpunkan solat?
Jawapan:
Keharusan memendekkan solat disyariatkan lebih awal daripada pensyariatan jamak. Sarjana sejarah sepakat menyatakan ia disyariatkan selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w.ke Madinah. Tetapi mereka berbeza pendapat tahun sebenar ia disyariatkan, ada yang berpendapat tahun 4 hijrah atau tahun 2 Hijrah.
Munakahat (Perkahwinan)
Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya dia telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”
Hukum Berkahwin
Hukum berkahwin terbahagi kepada 4:
1. Perkahwinan Mubah (harus)
Asal hukum perkahwinan ini adalah mubah (harus). Walau bagaimanapun, kadang-kadang perkahwinan itu bertukar hukum menjadi wajib, haram, sunat dan makruh.
2. Perkahwinan Wajib
Hukum perkahwinan itu menjadi wajib apabila seseorang itu berkemampuan berkahwin fizikal dan mental, dan bimbang pula dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina, maka pada ketika itu hukumnya berkahwin itu menjadi wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandangan kepada sesuatu yang haram (yang dilarang Allah) dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”
(Hadith Muattafaq ‘alaih)
3. Perkahwinan Sunat
Seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup pula memelihara diri dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah; Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Adalah Rasulullah s.a.w.sangat melarang seseorang itu hidup membujang tanpa berkahwin dan bersabda:
“Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan beranak (subur) maka sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatku).”
4. Perkahwinan Makruh
Seseorang yang tidak mampu atau berkesanggupan untuk berkahwin seperti tidak mampu memberi nafkah.
Perkahwinan Haram
5. Seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi kalau dia berkahwin diduga menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seseirang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya itu. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
Pinang-meminang
Sebelum berazam untuk meneruskan perkahwinan, Islam menganjurkan supaya seseorang lelaki itu memilih pasangan yang sesuai untuknya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu terpelihara dan bahagia.”
Sabda Rasulullah s.a.w.lagi:
“Jangan kamu mengahwini wanita itu kerana didorong oleh kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan merosakkan dirinya, dan janganlah kamu mengahwininya kerana hartanya (kaya), mungkin dengan kekayaannya akan menyebabkan ia berlagak sombong dan angkuh. Tetapi kahwinilah berasaskan latar belakang agamanya. Sesungguhnya seseorang hamba sahaya yang hitam legam dan beragama adalah paling baik.”
(Riwayat Ibn Majah)
Peminangan
Peminangan atau melahirkan keinginan untuk berkahwin atau permintaan sari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk mengahwininya, sama ada dilakukan oleh lelaki itu secara langsung atau tidak langsung iaitu dengan perantaraan orang lain yang boleh dipercayai sesuai dengan ketentuan agama.
Meminang boleh dilafazkan secara terang bagi meminang anak dara dan janda yang telah habis idahnya. Pinangan boleh dilakukan secara sindiran iaitu bagi janda yang masih di dalam idah bain.
Meminang Orang Yang Sudah Bertunang
Haram meminang wanita yang sudah bertunang. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah seseorang lelaki kamu meminang gadis yang telah dipinang oleh saudaranya, melainkan pertunangan (pinangan) itu sebelumnya telahpun diputuskan dengan izin peminangnya itu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)
Meminang Wanita Di Dalam Idah Raj’iyah
Haram hukumnya meminang wanita yang sedang di dalam idah raj’iyah iaitu idah yang boleh dirujuk kembali oleh bekas suaminya.
Melihat Wanita Yang Hendak Dipinang
Seorang lelaki diizinkan oleh syarak untuk melihat bakal tunangan khususnya muka dan kedua telapak tangan. Hanya itulah anggota yang dibenarkan oleh syarak untuk dilihat dan tidak lebih dari itu serta hendaklah ditemani oleh seorang mahram. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila salah seorang daripada kamu meminang seseorang perempuan, jika dia dapt melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu.”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Bala Itu Ujian Allah
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(surah al-Hadid: 22-23)
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(surah al-Ankabut: 2-3)
“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
(surah Yusuf: 87)
Monday, September 19, 2011
Hak Muslim Terhadap Saudaranya Yang Muslim
- Menutup keaibannya
- Meringankan kesusahannya
- Membantu di dalam segala hal yang penting dan perlu
- Memenuhi segala hajat dan keperluannya
- Menghapuskan duka nestapanya
- Membelanya jika teraniaya
- Menolongnya jika lemah
- Meringankan beban hidupnya
- Menghormati orang tua
- Kasihan terhadap yang kecil
- Tidak menyusahkannya, tidak mensia-siakannya, tidak menghina atau memandang rendah kepada yang lain.
- Tidak mencaci atau mengejeknya
- Tidak menipu saudaranya yang Muslim
- Tidak dengki, dendam atau sangka jahat terhadap saudaranya
- Mengasihaninya sebagaimana mengasihani dirinya sendiri
Adab Dan Hak Seorang Teman Dan Sahabat
- Memberi salam ketika bertemu
- Menziarahi ketika dia sakit
- Mendoakan ketika dia bersin
- Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungi persahabatan kerana Allah s.w.t.semata-mata
- Membantunya ketika waktu susah
- Menerima undangan jika diundang ke majlis atau ke rumahnya
- Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari Hari Raya
- Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari-hari tertentu
- Membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu bagi diri anda
- Sama-sama bergembira ketika senang, dan sama-sama bersedih ketika dia bersedih
- Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika waktu hidup dan matinya
- Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya ketika hidup atau matinya
Saturday, September 17, 2011
Adab-adab Hak Terhadap Ibu Bapa
- Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan maksiat
- Berbicara dengan keduanya dengan penuh sopan dan lemah lembut
- Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
- Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang
- Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka
- Memuliakan mereka dan member apa yang mereka pinta
- Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan
- Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka
- Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
- Tidak mengangkat suara di hadapan mereka
- Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka
- Tidak memotong percakapan mereka
- Tidak memeranjatkan mereka jika sedang tidur
- Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua
- Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
- Tidak tertawa di dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
- Tidak memakan makanan yang ada di sisi mereka
- Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali mereka mengizinkan
- Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka
- Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
- Tidak berjalan mendahului mereka
- Menyahut panggilan mereka serta-merta apabila mereka memanggil
- Memuliakan sahabat-sahabat mereka khususnya sesudah mereka meninggal dunia. Dan doanya seperti dalan al-Quran:
“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memeliharaku dengan penuh kasih saying pada waktu kecil.”
(Surah al-Isra’: 24)
15 Musuh Iblis
Nabi Muhammad s.a.w.
Imam yang adil
Orang kaya yang rendah hati
Pedagang yang jujur
Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
Orang beriman yang suka memberi nasihat
Orang beriman yang pengasih
Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya
Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
Orang beriman yang banyak bersedekah
Orang beriman yang berkelakuan baik
Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang mengamalkan dan terus membaca al-Quran
Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya
Sunday, July 31, 2011
Keadaan Neraka
Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab r.a. bahawa Jibril telah datang berjumpa Rasulullah SAW bukan di waktu ia selalu datang.
Rasulullah SAW menghampiri Jibril dan berkata :
"Hai Jibril, mengapa wajahmu berubah ?"
Jawab Jibril :
"Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka"
Rasulullah SAW berkata :
"Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahannam'
Jawab Jibril :
"Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.
Rasulullah SAW berkata :
"Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini"
Rasulullah SAW melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ;
"Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah SWT"
Jawab Jibril :
"Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut"
Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi :
"Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".
Lalu Jibril naik ke langit dan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan beliau sehingga berjumpa dengan sekelompok orang-orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa.Lalu Rasulullah SAW berkata kepada mereka :
"Apakah kamu ketawa, sedangkan di belakang kamu Neraka Jahannam. Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tidak akan makan dan tidak minum, malah aku akan pergi ke tempat yang tinggi untuk memohon dan meminta pertolongan Allah SWT.
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril :
"Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?"Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka"
http://nur-addin.blogspot.com/2006/09/keadaan-neraka.html
Wednesday, July 20, 2011
Ramadhan
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa .
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
Penentuan awal Ramadan
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus .
Peristiwa semasa Ramadan
Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
“ | Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... | ” |
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
Penentuan awal Ramadan
- Rencana utama: hilal
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus .
Peristiwa semasa Ramadan
Turunnya al-Qur'an
- Rencana utama: Nuzul Quran
Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Lain-lain
Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini . Antaranya:- 10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
- 17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)
Amalan sewaktu Ramadan
Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.Puasa Ramadan
- Rencana utama: Ibadat puasa
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
Solat Tarawih
- Rencana utama: Solat Sunat Tarawih
Zakat Fitrah
- Rencana utama: Zakat Fitrah
Monday, July 18, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hari Isnin minggu hadapan akan bermulanya minggu peperiksaan bg saya dan juga rakan2 yg lain... Di samping kesibukan dalam menghadapi peperiksaan marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.

Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Wednesday, May 11, 2011
Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan (part 3)
KISAH 3 :
Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan (part 2)
KISAH 2 :
Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.
"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.
"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.
"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.
"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.
Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..
KISAH 1:
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

Thursday, March 10, 2011
Carilah Ilmu selagi nyawa masih dikndung badan
Fatah Al-Maushili rahimahullah berkata: "Bukankah seseorang yang sakit itu apabila tidak makan dan minum dan tidak mengambil ubat,akhirnya akan mati." Kawan-kawannya menjawab:"Ya benar." Dia berkatalagi:"Demikian pula hati apabila tidak menerima hikmat dan ilmu selama 3 hari,pasti ia akan mati."
Subscribe to:
Posts (Atom)