السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Tuesday, March 13, 2012

Coretan yang mencoretkan..huhu

Pengalaman yang hanya datang sekali sahaja seumur hidup kita ialah kematian. Manusia menyedarinya namun masih leka dibuai mimpi dunia. Hal ini terjadi mungkin kerana kita lupa bahawa kita ini 'dicipta', kita ini pada asalnya 'papa', kita ini 'selemah-lemah hamba yang berakal'.

Kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan adanya azab yang menanti bagi mereka yang leka dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Hal ini terjadi mungkin kerana kita lupa bahawa kematian itu tidak mengira usia. Sedangkan seorang bayi di dalam perut yang belum lahir lagi mampu menemui kematian, inikan pula kita yang telah diberi keizinan dan peluang menikmati segala nikmat-Nya di dunia ini ditambah lagi kita sering lupa untuk bersyukur atas segala nikmat-Nya.

Kehidupan di dunia ini jika difikirkan semuanya berkaitan. Maha Bijaksananya Allah s.w.t.itu dalam merancang. Jika kita fikirkan, perniagaan itu ibarat kehidupan dan hampir sama kesemuanya. Jika kita berusaha kita perolehi hasilnya biarpun lambat mahupun cepat, jika kita malas dan alpa maka kita akan rugi dan menanggung kerugian dan keperitannya. Biar fakir harta benda namun jutawan akhlak dan imannya.


Sama-sama Kita Beringat

Apa yang kita lihat tidak semestinya akan sama dengan apa yang akan kita tafsirkan. Adakalanya yang kita lihat itu mampu untuk ditafsirkan dengan benar dan sahih oleh fikiran, imaginasi dan seterusnya diterjemahkan melalui lisan. Namun, seandainya pentafsiran kita silap dan kurang kepastian, maka seeloknya kita memendamnya dan berdiam diri kerana jika kita menterjemahkannya melalui lisan dengan menyampaikannya pada orang di sekelililng akan sesuatu yang tiada kesahihan maka tidakkah ia menjadi satu fitnah? sedangkan Allah s.w.t.berfirman: " "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)


Sebagai contoh, jika kita melihat dua orang sedang bergaduh, seorang berbadan besar dan mempunyai parut di mukanya dan seorang lagi berbadan kecil dan kelihatan biasa sahaja wajahnya, dan situasi sedang berlaku. Dan ketika itu kelihatan yang berbadan besar sedang menumbuk muka lawannya. Salah satu perkara yang akan terlintas di fikiran kita semestinya yang berbadan besar itu sedang membuli si kecil. Namun, yang sebenarnya kita tidak tahu permulaan kisah dan apa yang terjadi sebenarnya sehingga akhir. Kemungkinan si kecil yang memulakan pergaduhan dan telah 'membelasah' si besar dari segi mental dan fizikal, namun di saat itu kita tidak melihatnya. Maka, kisah si besar membuli si kecil dihebahkan sekampung. Maka, ini dipanggil apa? Agak-agak, ibu bapa mereka malu atau tidak? Mereka juga mungkin mempercayai cerita yang disebarkan itu daripada penjelasan anaknya sendiri, lalu si anak dipukul sekali lagi.


Jadi, renung-renungkan...huhu sama-samalah kita perbetulkan mana yang kelihatan kurang dan silap. Insya Allah.. 



Friday, January 20, 2012

Cara Sembahyang Jenazah


Sembahyang jenazah merupakan fardhu kifayah, ianya dilakukan dalam 4 takbir


Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah, iaitu:

Cara Sembahyang Jenazah 1


Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa, iaitu:

Cara Sembahyang Jenazah 2


Jika jenazah Kanak-Kanak dibaca doa ini:

Cara Sembahyang Jenazah 3


Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:

Cara Sembahyang Jenazah 4

Selepas memberi salam dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Tuesday, January 17, 2012

Mengqadha Solat Yang Ditinggalkan

Sebagaimana telah diketahui bahwa shalat merupakan rukun terbesar didalam islam setelah dua kalimat syahadat dan telah disiapkan hukuman yang sangat keras bagi orang yang meninggalkannya.
Untuk itu tidak ada kata lain bagi seorang yang meninggalkannya dengan sengaja baik dikarenakan malas atau menganggapnya remeh agar segera bertaubat kepada Allah swt dengan taubat nasuha dan menyesali semua perbuatannya serta menutupi kesalahan besar tersebut dengan melakukan qadha terhadap seluruh shalat yang ditinggalkannya sebagaimana pendapat jumhur ulama.
Wajib bagi seorang yang meninggalkan shalat untuk mengqadhanya sejumlah shalat yang pernah dittinggalkannya. Akan tetapi apabila ia tidak mengetahui jumlah shalat-shalat yang ditingalkkannya itu maka wajib baginya untuk mengqadha shalat-shalat yang ditinggalkannya itu sehingga meyakini bahwa diatas lehernya sudah tidak ada lagi kewajiban itu (qadha), sebagaimana dikatakan imam yang empat.
Adapun cara melakukan qadhanya adalah dengan bersegera orang itu melakukan shalat-shalat yang ditinggalkannya sesuai dengan kemampuannya di waktu apa pun, bisa malam atau siang dengan tetap memperhatikan tertib shalat-shalat yang ditinggalkannya itu, seperti shalat shubuh kemudian zhuhur kemudian ashar dan seterusnya. Dan dalil dari diwajibkannya untuk bersegera adalah firman Allah swt
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Artinya : “Dan dirikanlah shalat untuk mengingat aku.” (QS. Thaha : 14) dikarenakan mengakhirkan shalat dari waktunya adalah kemaksiatan untuk itu diwajibkan bersegera.
Hal diatas apabila jumlah shalat yang ditinggalkannya masih memungkinkan bagi dirinya untuk mengqadhanya akan tetapi jika jumlahnya sudah terlalu banyak, misalnya bertahun-tahun dirinya tidak melaksanakan shalat, sehingga memberatkan baginya untuk mengqadhanya maka cukup baginya untuk bertaubat kepada Allah dengan taubat nashuha dan tidak mengulangi perbuatannya meninggalkan shalat di waktu-waktu berikutnya.
Wallahu A’lam

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat