السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Tuesday, March 13, 2012

Coretan yang mencoretkan..huhu

Pengalaman yang hanya datang sekali sahaja seumur hidup kita ialah kematian. Manusia menyedarinya namun masih leka dibuai mimpi dunia. Hal ini terjadi mungkin kerana kita lupa bahawa kita ini 'dicipta', kita ini pada asalnya 'papa', kita ini 'selemah-lemah hamba yang berakal'.

Kita sedar bahawa dunia ini hanya sementara dan adanya azab yang menanti bagi mereka yang leka dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Hal ini terjadi mungkin kerana kita lupa bahawa kematian itu tidak mengira usia. Sedangkan seorang bayi di dalam perut yang belum lahir lagi mampu menemui kematian, inikan pula kita yang telah diberi keizinan dan peluang menikmati segala nikmat-Nya di dunia ini ditambah lagi kita sering lupa untuk bersyukur atas segala nikmat-Nya.

Kehidupan di dunia ini jika difikirkan semuanya berkaitan. Maha Bijaksananya Allah s.w.t.itu dalam merancang. Jika kita fikirkan, perniagaan itu ibarat kehidupan dan hampir sama kesemuanya. Jika kita berusaha kita perolehi hasilnya biarpun lambat mahupun cepat, jika kita malas dan alpa maka kita akan rugi dan menanggung kerugian dan keperitannya. Biar fakir harta benda namun jutawan akhlak dan imannya.


No comments:

Post a Comment

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat