السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Tuesday, March 13, 2012

Sama-sama Kita Beringat

Apa yang kita lihat tidak semestinya akan sama dengan apa yang akan kita tafsirkan. Adakalanya yang kita lihat itu mampu untuk ditafsirkan dengan benar dan sahih oleh fikiran, imaginasi dan seterusnya diterjemahkan melalui lisan. Namun, seandainya pentafsiran kita silap dan kurang kepastian, maka seeloknya kita memendamnya dan berdiam diri kerana jika kita menterjemahkannya melalui lisan dengan menyampaikannya pada orang di sekelililng akan sesuatu yang tiada kesahihan maka tidakkah ia menjadi satu fitnah? sedangkan Allah s.w.t.berfirman: " "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)


Sebagai contoh, jika kita melihat dua orang sedang bergaduh, seorang berbadan besar dan mempunyai parut di mukanya dan seorang lagi berbadan kecil dan kelihatan biasa sahaja wajahnya, dan situasi sedang berlaku. Dan ketika itu kelihatan yang berbadan besar sedang menumbuk muka lawannya. Salah satu perkara yang akan terlintas di fikiran kita semestinya yang berbadan besar itu sedang membuli si kecil. Namun, yang sebenarnya kita tidak tahu permulaan kisah dan apa yang terjadi sebenarnya sehingga akhir. Kemungkinan si kecil yang memulakan pergaduhan dan telah 'membelasah' si besar dari segi mental dan fizikal, namun di saat itu kita tidak melihatnya. Maka, kisah si besar membuli si kecil dihebahkan sekampung. Maka, ini dipanggil apa? Agak-agak, ibu bapa mereka malu atau tidak? Mereka juga mungkin mempercayai cerita yang disebarkan itu daripada penjelasan anaknya sendiri, lalu si anak dipukul sekali lagi.


Jadi, renung-renungkan...huhu sama-samalah kita perbetulkan mana yang kelihatan kurang dan silap. Insya Allah.. 



No comments:

Post a Comment

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat