السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Saturday, November 27, 2010

Cara2 mendapatkan solat yang khusyu'

Kenapa kita solat??? Kerana apa kita melakukan solat??? Adakah kerana ALLAH, atau kerana tuntutan, kebiasaan, atau kerana manusia???? Jika kerana ALLAH, adakah kita benar merasakn nya sehingga menusuk ke kalbu kita??? Atau dalam erti kata lain"khusyu'"... Ilmu nih saya kongsi supaya kita sama2 menghayati dan merasakan solat yg sebenar... Kat bawah nih saya sertakan beberapa syarat untuk mendapatkan solat yg khusyu'...
  1. Menjaga makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain2 supaya datang dari punca yg HALAL tanpa SYUBHAH...
  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah jadikan solat itu yg terbaik...
  3. Mendirikan solat diawal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput... (jgn solat ketika waktu semakin dipenghujung)
  4. Membaca dngn baik,(Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yg dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya(Tafakhum)... Ini kerana bacaan2 dalam solat mengandungi bnyak makna yg halus yg patut di mengertikan oleh kita yg melaksanakan...(kebnyakn kita hnya mmbaca tnpa memahami maksud nya, klu mcm org arab sememangnya itu merupakan bahasa ibunda dia kan??? jadi, lebih mudah mereka memahaminya)
  5. Rukun2 solat dilakukan dngn tertib... Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa ALLAH S.W.T memperhatikan solat kita itu...
  6. Rasa malu (Haya') perasaan malu terhadap ALLAH S.W.T... Rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan ALLAH S.W.T...
  7. Berharap serta yakin (optimis) ALLAH S.W.T menerima solat dan amalan kita.
  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yg boleh mengganggu dan yg tidak berkaitan dngn solat..(org bukan Islam melakukan yoga... cara Islam adalh dngn solat... caranya lebih kurang begitu lah.... selamat mencuba...) ;))
  9. Membesarkan ALLAH S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan ALLAH S.W.T dalam solat...
  10. Menggunakan sejadah yg tidak terlalu bnyak gmbr yg akan mengkhayalkan pemikiran...(kdg2 bila sejadah terlalu bnyak gmbr, dlm hati 2 berkata2.. ooo, mcm nih rupanya kaa'bah... betul x??? hehehe... so, elakkan penggunaan sejadah yg terlalu bnyak gmbr... ye???)
  11. Mendirikan solat secara berjemaah...(solat berjemaah pahalanya, masyaALLAH.... berapa kali gnda???Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  12. Mengambil wudhu' dngn sempurna...(pastikan air betul2 mengalir kesetiap inci kulit yg sepatutnya)
  13. Mengurangkan pergerakan anggota2 seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kpd tempat sujud dan ketika tasahud melihat anak jari...(klu gatal, biarkan... klu garu jgk, mesti gatal 2 akan merebak ketempat lain... cuba perhatikan klu xpercaya)
  14. Azan dan iqamat dulu walaupown mendirikan solat secara bersendirian ataupown sekurang-kurangnya iqamat sahaja...(sbb syaitan akan berlari bertempiaran ketika mendengar azan dan iqamat)
  15. Ditegah solat dngn memakai pakaian yg bergambr, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain2 kerana ia akan menyebbkan org lain hilanag kekusyu'kan ketika berjemaah (faham2 sendri sudah la... hihihi...)
Antara syrat2 untuk kita mndptkan solat yg khusyu'... Note yg akan datang saya akan berikan makna2 didalam ayat yg selalu kita baca dalam solat... Supaya lebih memudahkan kita merasakan khusyu' di dalam solat.... InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat