assalaamu'alaikum...Allah s.w.t mengurniakan kepada kita bermacam-macam nikmat semasa kita di dunia ini dan dijanjikan pula nikmat yang berkali ganda menanti di syurga bagi hamba-hamba-Nya yang layak menginap di dalamnya. Selama kita hidup di dunia dan sebelum kita menghampiri sakaratul maut, diri kita ini sentiasa menghampiri dosa mahupun pahala dalam setiap saat dan ketika yang menyebabkan berlakunya kerapuhan iman yang semakin menjadi-jadi jika kita tidak sedarkan diri.
Sentiasalah beristighfar kepada Allah,merajinkan mulut,diri dan hati memohon ampun pada-Nya cukuplah sekadar mengucapkan kalimah "astarghfirullahal'azim",kerana kadangkala kita tidak sedar akan dosa yang telah kita lakukan mampu membawa kita lebih dalam mengenali dosa-dosa yang seterusnya. Sentiasa memohon perlindungan dari-Nya. Daripada abu Umairah R.A.daripada Nabi S.A.W.sabdanya bermaksud:
"Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada malaikat yang sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan,lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya,lalu malaikat di sebelah kanan berkata: "Tunggu dahulu", lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam,maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu,tidaklah ditulis sesuatu pun,dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Hadith Riwayat At-Tabarani)
Lihatlah,begitu Maha Pegasih dan Penyayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya terutamanya umat-umat Nabi Muhammad s.a.w yang diberi banyak keistimewaan oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment