السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Saturday, December 11, 2010

Makna bacaan dalam solat

As I mention b4, i'll cont my last post note... So, kat bwh nih I stated maksud yg terkandung dalam bacaan solat yg kita selalu baca dalam solat... makna2 yg tersurat dan tersirat nih boleh mmbantu kita untuk lebih menghayati solat yg khusyu' InsyaALLAH...

Do'a Iftitah>>>Allah Maha Besar lagi Maha Agung dan puji2an bagi Allah sebnyak-banyaknya... Maha Suci Allah siang dan Malam... Kuhadapkan mukaku, kpd yg menciptakan langit dan bumi, aku cenderungkan lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan org2 yg menyekutukanNya... sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam... Tiada sekutu bagiNya.. dan dengan sedemikian aku diperintahkan, dan aku termasuk org2 muslim (berserah diri)...

Al-Fatihah>>>Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... segala puji2an bagi Allah seru sekalian alam... Yang bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Yang berkuasa pada hari pembalasan... Kepada Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah dan hnya kepada Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan... tunjukkanlah kami jalan yg lurus , iaitu jalan org2 yg terdahulu yg telah Engkau berikan nikmat... Bukan jalan org2 yg Engkau murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat...

Bacaan ketika Rukuk>>>Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji2annya

Bacaan ketika bngun dr rukuk (Iktidal)>>>Allah mendengar pujian org yg memujinya

Iktidal>>>Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian

Bacaan ketika sujud>>>Maha suci Tuhanku Ynag Maha Tinggi dan dengan segala puji2annya

Bacaan ketika duduk antara dua sujud>>>Ya Allah, ampunilah daku, (diam sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampuan drNya), rahmatilah daku (lakukan cara yg sama sprti yg diberitahu begitu juga yg seterusnya), kayakan daku, angkatkan darjatku, berikan daku rezeki, berilah daku petunjuk (hidayah), afiatkanlah daku(sihatkanlah), dan maafkanlah akan daku

Bacaan ketika Tahiyat>>> Segala penghormatan dan berkat solat yg baik adalah untuk Allah... Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan Rahmat Allah serta keberkatannya... sejahtera keatas kami dan atas hamba2 Allah yg soleh... Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah... Ya Tuhan kami, selawatkanlah keatas  Nabi Muhammad dan keatas keluarganya...Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan keatas keluarganya... Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi...

**fahami makna di dalam setiap bacaan kita dalam solat... InsyaALLAH, kita akan solat sebenar-benar solat... kerana solat yg sebenar adalh menghambakan diri kita kepadaNya...

No comments:

Post a Comment

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat