السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Wednesday, December 15, 2010

Semoga kita mendapat kekuatan untuk menambah amal seharian dalam hidup kita....

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyra q 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Sama2 kita perbaiki diri, menjaga amalan wajib dan menambahkan yang sunat, sedaya upaya mensifarkan dosa dan berlumba2 untuk mentopup pahala..........

Inilah Secebis Ubat Hati, Hadiah dari Allah untuk kita.

Insyaallah, semoga kita semua mendapat kekuatan untuk terus ikhlas dan istiqamah melaksanakan yang sunat dan memperbaiki ibadat seharian kita, sebagai bukti cinta kepada Allah dan RasulNya..

Salam ISTIQAMAH.

"Ya Allah..bantuilah aku untuk memperbaiki ibadahku kepada-Mu.."

Saturday, December 11, 2010

Makna bacaan dalam solat

As I mention b4, i'll cont my last post note... So, kat bwh nih I stated maksud yg terkandung dalam bacaan solat yg kita selalu baca dalam solat... makna2 yg tersurat dan tersirat nih boleh mmbantu kita untuk lebih menghayati solat yg khusyu' InsyaALLAH...

Do'a Iftitah>>>Allah Maha Besar lagi Maha Agung dan puji2an bagi Allah sebnyak-banyaknya... Maha Suci Allah siang dan Malam... Kuhadapkan mukaku, kpd yg menciptakan langit dan bumi, aku cenderungkan lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan org2 yg menyekutukanNya... sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam... Tiada sekutu bagiNya.. dan dengan sedemikian aku diperintahkan, dan aku termasuk org2 muslim (berserah diri)...

Al-Fatihah>>>Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... segala puji2an bagi Allah seru sekalian alam... Yang bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Yang berkuasa pada hari pembalasan... Kepada Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah dan hnya kepada Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan... tunjukkanlah kami jalan yg lurus , iaitu jalan org2 yg terdahulu yg telah Engkau berikan nikmat... Bukan jalan org2 yg Engkau murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat...

Bacaan ketika Rukuk>>>Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji2annya

Bacaan ketika bngun dr rukuk (Iktidal)>>>Allah mendengar pujian org yg memujinya

Iktidal>>>Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian

Bacaan ketika sujud>>>Maha suci Tuhanku Ynag Maha Tinggi dan dengan segala puji2annya

Bacaan ketika duduk antara dua sujud>>>Ya Allah, ampunilah daku, (diam sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampuan drNya), rahmatilah daku (lakukan cara yg sama sprti yg diberitahu begitu juga yg seterusnya), kayakan daku, angkatkan darjatku, berikan daku rezeki, berilah daku petunjuk (hidayah), afiatkanlah daku(sihatkanlah), dan maafkanlah akan daku

Bacaan ketika Tahiyat>>> Segala penghormatan dan berkat solat yg baik adalah untuk Allah... Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan Rahmat Allah serta keberkatannya... sejahtera keatas kami dan atas hamba2 Allah yg soleh... Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah... Ya Tuhan kami, selawatkanlah keatas  Nabi Muhammad dan keatas keluarganya...Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan keatas keluarganya... Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi...

**fahami makna di dalam setiap bacaan kita dalam solat... InsyaALLAH, kita akan solat sebenar-benar solat... kerana solat yg sebenar adalh menghambakan diri kita kepadaNya...

Saturday, November 27, 2010

Cara2 mendapatkan solat yang khusyu'

Kenapa kita solat??? Kerana apa kita melakukan solat??? Adakah kerana ALLAH, atau kerana tuntutan, kebiasaan, atau kerana manusia???? Jika kerana ALLAH, adakah kita benar merasakn nya sehingga menusuk ke kalbu kita??? Atau dalam erti kata lain"khusyu'"... Ilmu nih saya kongsi supaya kita sama2 menghayati dan merasakan solat yg sebenar... Kat bawah nih saya sertakan beberapa syarat untuk mendapatkan solat yg khusyu'...
  1. Menjaga makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain2 supaya datang dari punca yg HALAL tanpa SYUBHAH...
  2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah jadikan solat itu yg terbaik...
  3. Mendirikan solat diawal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput... (jgn solat ketika waktu semakin dipenghujung)
  4. Membaca dngn baik,(Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yg dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya(Tafakhum)... Ini kerana bacaan2 dalam solat mengandungi bnyak makna yg halus yg patut di mengertikan oleh kita yg melaksanakan...(kebnyakn kita hnya mmbaca tnpa memahami maksud nya, klu mcm org arab sememangnya itu merupakan bahasa ibunda dia kan??? jadi, lebih mudah mereka memahaminya)
  5. Rukun2 solat dilakukan dngn tertib... Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa ALLAH S.W.T memperhatikan solat kita itu...
  6. Rasa malu (Haya') perasaan malu terhadap ALLAH S.W.T... Rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan ALLAH S.W.T...
  7. Berharap serta yakin (optimis) ALLAH S.W.T menerima solat dan amalan kita.
  8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yg boleh mengganggu dan yg tidak berkaitan dngn solat..(org bukan Islam melakukan yoga... cara Islam adalh dngn solat... caranya lebih kurang begitu lah.... selamat mencuba...) ;))
  9. Membesarkan ALLAH S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan ALLAH S.W.T dalam solat...
  10. Menggunakan sejadah yg tidak terlalu bnyak gmbr yg akan mengkhayalkan pemikiran...(kdg2 bila sejadah terlalu bnyak gmbr, dlm hati 2 berkata2.. ooo, mcm nih rupanya kaa'bah... betul x??? hehehe... so, elakkan penggunaan sejadah yg terlalu bnyak gmbr... ye???)
  11. Mendirikan solat secara berjemaah...(solat berjemaah pahalanya, masyaALLAH.... berapa kali gnda???Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  12. Mengambil wudhu' dngn sempurna...(pastikan air betul2 mengalir kesetiap inci kulit yg sepatutnya)
  13. Mengurangkan pergerakan anggota2 seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kpd tempat sujud dan ketika tasahud melihat anak jari...(klu gatal, biarkan... klu garu jgk, mesti gatal 2 akan merebak ketempat lain... cuba perhatikan klu xpercaya)
  14. Azan dan iqamat dulu walaupown mendirikan solat secara bersendirian ataupown sekurang-kurangnya iqamat sahaja...(sbb syaitan akan berlari bertempiaran ketika mendengar azan dan iqamat)
  15. Ditegah solat dngn memakai pakaian yg bergambr, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain2 kerana ia akan menyebbkan org lain hilanag kekusyu'kan ketika berjemaah (faham2 sendri sudah la... hihihi...)
Antara syrat2 untuk kita mndptkan solat yg khusyu'... Note yg akan datang saya akan berikan makna2 didalam ayat yg selalu kita baca dalam solat... Supaya lebih memudahkan kita merasakan khusyu' di dalam solat.... InsyaALLAH....

Friday, November 26, 2010

KELEBIHAN MUSLIMAH... MASYA ALLAH...

  • Seorang WANITA SOLEHAH adalah lebih baik daripada 70 orang wali.......(Subhanallah..70 org WALI???)
  • Seorang WANITA SOLEHAH adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh..(nisbah1:70..cubebayangkan???)Seorang WANITA YANG JAHAT adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat..(NAUZUBILLAHIMINZALIK..)
  • 2 rakaat solat dari WANITA YANG HAMIL adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil...........(beruntungnya org yg hamil kannn..)

P/S : BAGI IBU HAMIL..JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..: BAGI YG AMAT MENGHARGAI PELUANG INI..MENGANDUNG LAH SELALU YE..REZEKI ALLAH tuu..heheh..
  • Wanita yang MEMBERI MINUM SUSU BADAN KEPADA ANAKNYA akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya......( Janganlah asyik kasi susu botol je..Ciann diorangg..)
  • Wanita yang MELAYAN SUAMI DENGAN BAIK YANG BARU PULANG KE RUMAH DALAM KEADAAN YANG LETIH akan mendapat pahala jihad... ( Haaa..yg ni yg paling ramai para isteri abaikan, Bila suami balik kje penat2 bkannya nak bancuh air ke..Ni membebel tros..Atau yg lbih sdih lg wat dekkk je..Cuba skali skali tnya..Abang nak minum bang???Ataupun senyum lah smbil tnya nak ayang wat kan air bangg???..PeRRGHHH..sure aman rumah tgga. .(sejuk hati suami2 yg tgk baca link ni kan..ehe)
  • Kelebihan Seorang Wanita, WANITA YANG MENGHABISKAN MALAMNYA DENGAN TIDUR YANG TIDAK SELESA KERANA MENJAGA ANAKNYA YANG SAKIT akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.. .( Subhanallah..ibu-ibu..ambil perhatian ye..)
  • WANITA YANG MELIHAT SUAMINYA DENGAN KASIH SAYANG DAN SUAMI YANG MELIHAT ISTERINYA DENGAN KASIH SAYANG AKAN DIPANDANG ALLAH SWT DENGAN PENUH RAHMAT..( Allahuakbar..ALLAH SWT PANDANG SEORG WANITA DENGAN PENUH RAHMAT LG TU..X NAK KE???) 
  • Wanita yang MENYEBABKAN SUAMINYA KELUAR DAN BERJUANG KE JALAN ALLAH SWT DAN KEMUDIAN MENJAGA ADAB RUMAH TANGGA akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi "ketua 70,000 malaikat dan bidadari " dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
P/S : PARA-PARA ISTERI..KALO SUAMI KLUAR NAK G BERDAKWAH TU JANGAK LAH HALANG PULAK YE.. SEBOLEH2 NYA..CUBALAH MENJADI SAYAP KIRI YG BAIK YG DAPAT MEMBANTU SUAMI BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT.. WALLAHUALAM.. 
  • Kelebihan Wanita solehah, Wanita yang TIDAK CUKUP TIDUR PADA MALAM HARI KERANA MENJAGA ANAKNYA YANG SEDANG SAKIT akan diampunkan Allah SWT akan seluruh dosanya dan BILA DIA HIBURKAN HATI ANAKNYA, ALLAH SWT akan memberi 12 tahun pahala ibadat...
( Ibu2 skalian..betapa mulian ya pengorbanan kalian dalam membesarkan kami sehingga Allah SWT memberikan kalian darjat yg amat tggi..Subhanallah.. 
  • Wanita yang MEMERAH SUSU BINATANG DENGAN "BISMILLAH" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang MENGULI TEPUNG DENGAN "BISMILLAH", Allah akan berkatkan rezekinya.
(Sambil2 kacau gulai dlam priuk tu..Selawat2 la ckit..Suami gn anak2 mkan nnti sedap je ase..Kalo X caye ..CUBE TRY TEST..)
  • Wanita yang MENYAPU LANTAI DENGAN BERZIKIR akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah...(hAAA..yg ni yg best ni...kita kalo tgah sapu sampah tu..nyanyi lagu ape? ape? Maher Zain??? Kalo Maher Zain xpe lg nasyidd..Ape?? Metalica? Rock Jiwang? Renungkanlah..)
  • Wanita yang MENJAGA SOLAT, PUASA DAN TAAT PADA SUAMINYA Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang HAMIL akan dapat pahala berpuasa pada siang hari...
  • Wanita yang HAMIL akan dapat pahala beribadat pada malam hari..( Hamil 9 bulan..9 X 30 hari..MASYAALLAH..Woowww..)
  • Wanita yang BERSALIN akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.(.Allahuakbar..hidup kte ni pon blum tentu lg dpat capai 50 tahun..MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH..)
  • Sekiranya wanita MATI DALAM MASA 40 HARI SELEPS BERSALIN dia akandikira sebagai mati syahid.,,( X payah ke medan perang pon..Subhanallah..)
  • Jika wanita MELAYAN SUAMINYA TANPA KHIANAT akanmendapat pahala 12 tahun solat. 
  • Jika wanita MENYUSUI ANAKNYA SAMPAI CUKUP TEMPOH ( 2 TAHUN)maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • ika wanita MEMBERI SUSU DADANYA KEPADA ANAKNYA YANG MENANGIS , Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa...( Berita gumbira bagi para ibu..)
  • Kelebihan Wanita Muslimah, Jika wanita MEMICIT SUAMI TANPA DISURUHakan mendapat pahala 7 jonkong emas dan jika wanita MEMICIT SUAMI APABILA DISURUH akan mendapat pahala 7 jongkong perak..( Janganlah malas2 ye nak picit suami..time baik pnya bila dorang baru balik keje..Penattt..Alaa..kojo sonang jo ni..)
  • Wanita yangMENINGGAL DUNIA DENGAN KEREDHAAN SUAMINYA akanmemasuki syurga.
  • JIKA SUAMI MENGAJARKANNYA 1 MASALAH akan mendapat pahala " 80 tahun ibadat
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat..tetapi Allah akan datang sendiri kepada perempuan yang memberati auratnya iaitu yang MEMAKAI PURDAH DI DUNIA INI DENGAN SEMPURNA DAN ISTIQOMAH..
(...Subhanallah..Allah dtg cari kita sndiri,,Apa? Mustahil??? Subhanallah..X mustahil..betollah..sungguh..x tipu..tp kna penuhi syarat ni dululah ye..)

SUMBER RUJUKAN : kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain..
.............................................................................
Alhamdulillah..selesai jgak akhirnya,,
Panjatkan kesyukuran pada-NYA..
Muslimah sekalian..Sebenarnya darjat seorg wanita amat tggi di Sisi Allah SWT.
Tapi kenapa ya agakna kebanyakan wanita x nak capai martabat itu???
Kita perlu usaha..Usaha keras..Keras lg pada Kerikil..
TAPI..Mengapa masih ramai lg yg kata " Ish..kanapalah aku dilahirkan sbgai perempuan..susahlah..leceh btolll..nak kna pkai tdung la..isshh susahh la.."..
Macam2 lagi yg ana pernah dngar..
Nauzubillahiminzalik..
Moga kita dijauhi lah ye..
ana mohon maaf sgt2 jika terdapat salah dan silap dlam pnulisan artikel ini ya..
Yg baik sumenye dtg dari Allah SWT..
Dan yg buruk adalah dr kita hambaNya yg serba kekurangn...
WALLAHUALAM..

Sunday, November 21, 2010

Sentiasa Beristighfar

assalaamu'alaikum...Allah s.w.t mengurniakan kepada kita bermacam-macam nikmat semasa kita di dunia ini dan dijanjikan pula nikmat yang berkali ganda menanti di syurga bagi hamba-hamba-Nya yang layak menginap di dalamnya. Selama kita hidup di dunia dan sebelum kita menghampiri sakaratul maut, diri kita ini sentiasa menghampiri dosa mahupun pahala dalam setiap saat dan ketika yang menyebabkan berlakunya kerapuhan iman yang semakin menjadi-jadi jika kita tidak sedarkan diri.

Sentiasalah beristighfar kepada Allah,merajinkan mulut,diri dan hati memohon ampun pada-Nya cukuplah sekadar mengucapkan kalimah "astarghfirullahal'azim",kerana kadangkala kita tidak sedar akan dosa yang telah kita lakukan mampu membawa kita lebih dalam mengenali dosa-dosa yang seterusnya. Sentiasa memohon perlindungan dari-Nya. Daripada abu Umairah R.A.daripada Nabi S.A.W.sabdanya bermaksud:

"Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada malaikat yang sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila dia melakukan sesuatu kejahatan,lalu malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya,lalu malaikat di sebelah kanan berkata: "Tunggu dahulu", lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam,maka jika orang itu beristighfar daripada perbuatan jahat itu,tidaklah ditulis sesuatu pun,dan jika dia tidak meminta ampun kepada Allah dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."

(Hadith Riwayat At-Tabarani)

Lihatlah,begitu Maha Pegasih dan Penyayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya terutamanya umat-umat Nabi Muhammad s.a.w yang diberi banyak keistimewaan oleh Allah s.w.t.

Tuesday, November 9, 2010

Sudahkah kita membalas cinta Rasulullah?

Kisah ini mungkin sudah dibaca berulang kali, sudah diperdengarkan dan ditulis beribu kali... Sekali lagi aku mohon, bacalah lagi, dengarlah lagi dengan penuh penghayatan ...

Wahai sahabat... Ini adalah sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Biarpun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, kekasih Allah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbahnya..
"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."
"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti siapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh karena itu segala urusan yang melibatkan riba diakhiri mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia..........sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka kepadamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia , dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang sesudahku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh karena itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan pahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang apabila kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahwasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."
Khutbah singkat disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada tgl 9 Dzulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Khutbah itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap memegang Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku? bagaimana nasib umatku kelak”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” –

“Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Apakah kita sudah membalas cintanya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sungguh, betapa baginda cinta dan kasih kepada ummatnya, namun bagaimanakah kita? Sebesar apa cinta kita kepada beliau Dia yang tidak pernah bertemu dengan kita, merindui kita sejak dulu.. Kita bagaimana?
Selawat dan salam buat nabi junjungan, berikanlah kami syafaat, terimalah kami sebagai ummatmu..

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat