السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Thursday, March 3, 2011

AGAMA ISLAM

Agama Islam ialah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dengan perantaraan seorang utusan-Nya (Rasul-Nya),Muhammad s.a.w. untuk keselamatan umat seluruhnya. Agama itu diturunkan Allah dengan jalan wahyu,iaitu dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. Untuk menjadi kekuatannya kepada baginda diberi bermacam-macam mukjizat oleh Allah, iaitu hal-hal yang luar biasa yang terjadi atas diri baginda untuk mengalahkan musuh-musuh Islam. Adapun yang sebesar-besarnya mukjizat itu, ialah turunnya al-Quran itu dinyatakan urusan duniawi dan ukhrawi (akhirat).

Al-Quran itu gunanya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang takut dan menjadi peringatan bagi orang-orang yang lalai.

Ketika agama Islam dating, dunia sedang dalam keadaan gelap-gelita, sedang dipenuhi oleh kabut kejahilan, keaniayaan dan kezaliman. Dan manusia sedang asyik memperhambakan diri kepada patung-patung berhala, binatang-binatang seperti lembu, matahari dan sebagainya.

Setelah datangnya agama Islam, dengan jalan beransur-ansur maka terbukalah hijab di hati manusia, yang selama ini telah tertutup oleh kepercayaan-kepercayaan dan iktikad-iktikad yang salah. Penyembahan kepada berhala, matahari, bulan dan sebagainya, akhirnya bertukar dengan penyembahan kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam. Demikianlah agama itu disiarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.kepada seluruh umat manusia, guna memperbaiki budi pekerti mereka serta membawa ke jalan Allah, jalan yang benar. Nabi s.a.w.tidak pernah bosan menjalankan ajaran Islam itu, walaupun banyak rintangan yang baginda hadapi.

Baginda belum puas dengan perjuangan baginda, sebelum manusia di dunia ini mengakui, bahawaTIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA, DAN MUHAMMAD (dirinya sendiri) UTUSAN ALLAH. Pengakuan yang seperti inilah tiang pertama dalam Islam.

Adapun rukun (tiang) Islam itu ada 5 perkara sebagaimana yang telah diterangkan salah satunya di atas tadi. Supaya lebih terang dan jelas lagi, ditambah sebuah hadith:

Dari Ibn Umar r.a.ia berkata: Pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda: “Dibina (ditegakkan) Islam itu di atas lima perkara: PENGAKUAN, BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, DAN BAHAWA MUHAMMAD ITU RASULULLAH. MENEGAKKAN SEMBAHYANG. MENGELUARKAN ZAKAT. HAJI KE BAITULLAH DAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Yang 5 macam ini adalah merupakan tiang, atau fundamen yang tegak berdiri, dan wajib ditegakkan oleh setiap orang Muslim, sebagai tanda orang Islam.

Sumber: kitab Fiqh syafi’ie part.1


No comments:

Post a Comment

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat