السلام عليكم

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Asma ul-Husna

Saturday, January 15, 2011

ISLAM MERUPAKAN RUMAH TANGGA YANG MUDAH

Selaku rumahtangga atau gedung, sudah barang tentu yang lima perkara ini belum cukup (rukun Islam),kerana rukun Islam ibarat tiang. Yang disebut "rumahtangga" atau "bangunan" harus ada dinding, ada atap dan ada yang lain-lainnya, supaya nampak sebagai rumah.

Begitu pulalah Islam. Rumahtangga Islam barulah dapat dinamakan rumahtangga, bila IBADAT dilakukan, MUAMALAT menurut islam dilaksanakan, MUNAKAHATmenurut Islam dan JINAYAT-HUDUD (hukun balasannya) dilaksanakan dalam negara.

Menurut aqidah Islam, semuanya itu wajib dilaksanakan dalam negaramenurut peraturan yang diturunkan Allah. Hanya tergantung kepada penguasa dalam negara tersebut. Sebab Allah s.w.t. berfirman:

"Dan sesapa yang tidak menghukum (memberikan peraturan) menurutnya yang diturunkan Allah, maka mereka ini adalah orang yang kafir."

(surah al-Maidah,ayat 44)

Dalam ayat lain ditambahkan pula:

"Dan sesapa yang tidak menghukum (memberikan peraturan) menurutnya yang diturunkan Allah, maka mereka ini adalah orang yang zalim."

(Surah al-Maidah,ayat 45)

Dan ditambahkan pula:

" Dan sesapa yang tidak menghukum (memberikan peraturan) menurutnya yang diturunkan Allah, maka mereka ini adalah orang-orang yang fasik."

(Surah al-Maidah,ayat 47)

Oleh sebab itu semua syariat Islam menurut aqidah Islam, wajib dilaksanakansemuanya.

Lagi renungan buat kaum hawa

kecantikan seorang wanita bukan pada paras rupanya juga dihiasi dengan 'make up' pakaian cantik dan sebagainya,tetapi ianya dihiasi dengan sifat malu. malunya ia kepada Allah dan diri sendiri. jadi,tidak perlulah dipertontonkan wajah-wajah dan 'pose2' gambar yang boleh mendatangkan fitnah dan juga bahana bagi kedua belah pihak (lelaki dan wanita) terutamanya di laman2 sosial...
Kata wanita.."aku cantik, aku lawa, aku seksi, aku bergaya, x kn aku nk duk kt umah je.. Sape nk tengok.." tapi mereka lupa, kerana jenis2 wanita yg berfikiran spt diatas lah yg kebykn nye hancur maruah, akhlak, budi pekerti, harga diri, dan jenis2 mcm ni juga yg bakal2 menconteng arang pd keluarga mereka. MALU ?? Jgn haraplah mereka2 yg jenis mcm ni tau malu.. Jgn kn nk malu dgn Allah, dgn masyarakat dan diri sndri pun mereka x tau malu..

Renungan buat kaum hawa

semasa peristiwa isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w.telah diperlihatkan akan azab yg bakal menimpa umat2nya di akhirat kelak. dan baginda menyatakan,ramai di antaranya adalah golongan wanita. kita memang tidak boleh merubah takdir yg telah ditetapkan,tp kita boleh bermohon dan berusaha agar kamu para wanita tidak tergolong di dalam kalangan wanita2 tersebut...insya Allah...^^

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangi

Salah SatuTanda-Tanda Kiamat